Thursday, December 23, 2010

Naqib yang Cemerlang

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


Akhirnya , ada jugak post baru . hurmm ana nak cerita pasal naqib kita yang dah dapat result nih . Alhamdulillah berdasarkan blog Abang Syafiq , ramai jugak naqib kita yang dapat 9 A's . Alhamdulillah . Bersyukur lah kita dapat naqib - naqib yang cemerlang macam diorang nih . Bukan senang nak dapat tau . Alhamdulillah . Jadi , tahniah kepada :


Abg Syahmi
Abg Syafiq Hakimi 
Abg Naufal
Abg Shahrul
Abg Fahim
Abg Amier Rostam
Abg Hisyam
Abg Nasri
Abg Wan Arif 


ini je yang ana tau berdasarkan Abang Arif . Tadi ana borak - borak dengan dia kat surau . Almaklumlah jiran kan . hehehe . ni ana ada sediakan gambar sikit naqib - naqib kita yang berjaya . yang tak ada jangan terasa yeee . 


Abg Naufal 
Abg Syafiq Hakimi





Abg Fahim & Abg Wan Arif
Abg Nasri & Abg Syahmi
























Antum mesti seronok kan tengok diorang berjaya . Yer laaaa , naqib kita kan . Lepas ni kita pulak berjaya macam diorang . Amiiiiiin ~

Sekian , Wassalam .

Wednesday, December 15, 2010

Welcome to the Club

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


tak ada nak cakap apa-apa pon , cuma , nak maklumkan yang ana dah ada penolong untuk blog nih , nak tau ? okok , orangnya ialah 



ana lantik dia sebab ana tak rasa yang ana dapat jalankan tanggungjawab ni sorang-sorang . jadi , Dayat pon setuju nak tolong . jadi , nak tanya apa-apa , boleh lah merujuk kami berdua . 
Sekian , Wassalam . 

kacak , bukan ? ;D





Tuesday, December 14, 2010

H.I.J.A.U

Nie post yg pertama utk bulan Disember.Hari nie,ana nak kongsi satu fakta yg mungkin kita jarang tahu.Fakta tersebut berkenaan dengan warna HIJAU. Owh ye, info ni ana dapat dari blog Amar Mahmood. Beliau adalah penulis buku best seller“Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, leh check blog Amar Mahmood..http://amarmahmood.com/

So, apa citer pasal warna HIJAU ni??

Love 
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

Alam semulajadi/ nature
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

Wahhh(!)Ana pun tak sangka begitu hebat kajian Amar Mahmood ni tentang warna hijau. Dr HM Tuah, motivator terkenal Malaysia pun ada buat kajian mengenai personaliti seseorang berdasarkan warna kegemarannya. Menurut beliau dalam audionya yang saya dengar, penggemar warna hijau ni seorang yang tenang, tak banyak kerenah, romantik, baik hati tetapi cemburu.Ana rasa tuhh je kott utk kali ini.menarik kan fakta nie?!Sekian, WASSALAM :)

p/s: cam ne kawankawan??
       suka takk warna HIJAU?!