Thursday, December 23, 2010

Naqib yang Cemerlang

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


Akhirnya , ada jugak post baru . hurmm ana nak cerita pasal naqib kita yang dah dapat result nih . Alhamdulillah berdasarkan blog Abang Syafiq , ramai jugak naqib kita yang dapat 9 A's . Alhamdulillah . Bersyukur lah kita dapat naqib - naqib yang cemerlang macam diorang nih . Bukan senang nak dapat tau . Alhamdulillah . Jadi , tahniah kepada :


Abg Syahmi
Abg Syafiq Hakimi 
Abg Naufal
Abg Shahrul
Abg Fahim
Abg Amier Rostam
Abg Hisyam
Abg Nasri
Abg Wan Arif 


ini je yang ana tau berdasarkan Abang Arif . Tadi ana borak - borak dengan dia kat surau . Almaklumlah jiran kan . hehehe . ni ana ada sediakan gambar sikit naqib - naqib kita yang berjaya . yang tak ada jangan terasa yeee . 


Abg Naufal 
Abg Syafiq Hakimi





Abg Fahim & Abg Wan Arif
Abg Nasri & Abg Syahmi
























Antum mesti seronok kan tengok diorang berjaya . Yer laaaa , naqib kita kan . Lepas ni kita pulak berjaya macam diorang . Amiiiiiin ~

Sekian , Wassalam .

Wednesday, December 15, 2010

Welcome to the Club

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


tak ada nak cakap apa-apa pon , cuma , nak maklumkan yang ana dah ada penolong untuk blog nih , nak tau ? okok , orangnya ialah 



ana lantik dia sebab ana tak rasa yang ana dapat jalankan tanggungjawab ni sorang-sorang . jadi , Dayat pon setuju nak tolong . jadi , nak tanya apa-apa , boleh lah merujuk kami berdua . 
Sekian , Wassalam . 

kacak , bukan ? ;D





Tuesday, December 14, 2010

H.I.J.A.U

Nie post yg pertama utk bulan Disember.Hari nie,ana nak kongsi satu fakta yg mungkin kita jarang tahu.Fakta tersebut berkenaan dengan warna HIJAU. Owh ye, info ni ana dapat dari blog Amar Mahmood. Beliau adalah penulis buku best seller“Rahsia Minda Jutawan” terbitan PTS Publication. Nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, leh check blog Amar Mahmood..http://amarmahmood.com/

So, apa citer pasal warna HIJAU ni??

Love 
Warna Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta antara lelaki dan perempuan atau warna romantik. Hijau pula adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya.

Alam semulajadi/ nature
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia mengambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu mengambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita perkatakan warna hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan dan tumbuh-tumbuhan atau pantai dan juga air terjun.

Harmoni
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang (balanced). Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang seimbang atau centered. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga adalah terbuka (open).

Growth
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai pengembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan hijau sebagi simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

Minda @ Mind
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol hijau yang lain iaitu alam dan growth. Minda manusia patutnya juga sebegitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan tuhan yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah tuhan.

Money/Abundance
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil greenback. Dan selalunya warna dalam mana2 lambang dollar adalah berwarna hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran (abundance) kerana ia memang fitrah Allah yang bermaksud berkembang dan berkembang. Tetapi, aura hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi “inner”.

Islam
Sebenarnya, hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu kebanyakan warna yang mengambarkan Islam adalah dari tone hijau. Bolehlah dikatakan hijau melambangkan kecintaan kepada Allah, kerana hijau adalah warna universal love.

Knowledge
Ilmu adalah warna hijau. Aura hijau melambangkan kaya ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna hijau yang bermaksud berkembang (growth) dan makmur (abundance).

Wahhh(!)Ana pun tak sangka begitu hebat kajian Amar Mahmood ni tentang warna hijau. Dr HM Tuah, motivator terkenal Malaysia pun ada buat kajian mengenai personaliti seseorang berdasarkan warna kegemarannya. Menurut beliau dalam audionya yang saya dengar, penggemar warna hijau ni seorang yang tenang, tak banyak kerenah, romantik, baik hati tetapi cemburu.Ana rasa tuhh je kott utk kali ini.menarik kan fakta nie?!Sekian, WASSALAM :)

p/s: cam ne kawankawan??
       suka takk warna HIJAU?!

Monday, November 29, 2010

Nipis

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


sebenarnya cuti nih ana memang tak ada kerja , asyik menghadap GAME je . jadi ana terfikir nak update blog nih . daripada biarkan blog ni kosong tanpa tazkirah walaupun sedikit  , baik masukkan . hurmm , memanglah PENUTUP 2010 dah ada , tapi ana akan terus cuba masukkan tazkirah . untuk tatapan umum :D .

OK , seperti yang antum semua tahu , lapisan ozon semakin menipis . hari demi hari , semakin nipis . aana ada tebaca satu article dekat THE STAR , kepekatan kandungan karbon dioksida semakin tinggi dekat lapisan ozon , menyababkan proses penipisan ozon semakin pantas . dan hasilnya , bumi pon menjadi panas . apabila bumi panas , sudah tentu kita pon panas , KAN ?


hurmm , cuba kita berfikir sejenak , sebenarnya SIAPA punca hancurnya kerosakan semua ni . mesti MANUSIA kan , tak kan lah pulak , BINATANG yang buatkan . APA punca manusia lakukan kerosakan ni . hurmmm , mungkin antum akan cakap , rasa tamak ; sebab tu pembangunan giat dilakukan , sampai Malaysia sendiri pon banyak berhutang . ana bukannya nak menyalahkan mana-mana pihak , tapi ada betul jugak pandangan tuh .


hurmm , hari tu ada bincang-bincang jugak dengan senior pasal hal ni . pastu Abg Imtiaz cakap , mungkin sebab umat Islam zaman sekarang jauh dengan Al-Quran kott . hurmm , ada betul jugak apa Abg Imtiaz cakap .   sebab kalau kita tengok , orang Barat sendiri lebih rajin . hurmm , kalau antum nak tau dan ana yakin ada dalam kalangan antum yang tau pasal benda nih , cerita LORD OF THE RING tu , sebenarnya orang Barat buat memang banyak persamaan dengan apa yang ada dalam Al-Quran , kalau  antum tak percaya , bukak BLOG nih . harap-harap rajin lah yee :D

konklusinya , rapat-rapat kan lah diri kita dengan Al-Quran . kalau kita rapatkan diri dengan Al-Quran , Insya-Allah Allah akan membantu kita dalam setiap perkara yang kita buat . Sekian , WASSALAM :D



Saturday, November 20, 2010

TIDUR

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


antum semua mesti fikir kalau orang yang suka tidur ni , orang yang malas dan tidak produktif . sebenarnya tidak (!)berdasarkan satu artikel  ILUVISLAM , tidur sebenarnya memberi kebaikan kepada sesorang individu melalui banyak aspek . antaranya :- KULIT , MATA , PARU - PARU . mesti antum semua tertanya - tanya kan ,apa kaitannya ? ni ana explain .


Kulit
semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.
Mata
mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.
Paru-paru
sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

tapi , kalau tidur waktu cikgu mengajar tu bukan lah tidur yang ideal . tu cari nahas namanya . memang semua murid SMAPK  kalau bagi chance tidur memang diorang manfaatkan sebaiknya . tapi , janganlah terlebih tidur sampai solat pon lewat-lewatkan yee . ana rasa tu jer lah untuk post kali nih .
sekian , WASSALAM

Wednesday, November 17, 2010

Penutup 2010

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


Alhamduliilah , segala pujian dan keagungan dipanjatkan kehadrat Ilahi Rabuul Jalil , Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Muhammad al-Amin ibnu Abdullah , yang telah menghapuskan kejahilan dari muka bumi dan menyinari alam ini dengan kemukjizatan ayat-ayat suci kalam Allah , al-Quranulkarim . Selawat dan salm juga ke atas  keluarga baginda dan seterusnya para sahabatnya yang telah meneruskan kesinambungan menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini . 

       post kali ni sebenarnya nak buat untuk penutup tahun 2010 . heehehe . atas tu sengaja je . hehehe . Alhamdulillah kerana tahun ni Amru Syabab telah berjaya menjalankan banyak aktiviti-aktiviti menarik dan membawa kemaslahatan kepada semua ahli Amru Syabab .


         antara contohnya ana ambil start dari bulan Ramadhan . Amrusyabab telah mengadakan aktiviti bertadarus al-Quran . aktiviti ini telah menyebabkan hampir semua ahli Amru Syabab telah berjaya khatam al-Quran . bagus bagus . teruskan . p/s : maaf tiada gambar sebab waktu ni tak de sape berani bawak camera . 


          dan yang paling menarik adalah JAMUAN AKHIR TAHUN F1 2010 . hahaha . jamuan ini telah menyebabkan ukhuwah yang telah terjalin antara pelajar F1 dan abang-abang F2 bertambah akrab . aktiviti ini terdapat sedikit gambar :-                     
                                                               
  
dayat excited sangat . ni lah hasilnya . :)

ana pon excited lebih , jumping jack :)

luqman lapar !!!

tyme dayat tangkap gambar nih , luqman tengah berangan dengan AFU . hahaha


habis prep , kitorang naik dorm . malangnya , bahang jamuan masih belum lenyap . hehehe


gangster bro :)


gambar satu jer sempat sebab camera man ngantok :) 
tapi , tak habes lagi , pagi sebelum ke sekolah ada sveral pic :-


dari kiri : hanan , dayat , anas


style :)


hasil kerana terlalu bergaya : lambat ke sekolah :)



dan selepas segala persiapan di DM siap , kitorang pon ready untok jamuan :-


hanan :)


sempat lagi posing . betul-betul atas katil naqib plak tuh =,="


muadz and muaz dan both of them is AFU 


baru nak cari baju :0 sampai blok C plak tuh dari blok A


dah ready , tinggal betulkan rambut :)
venue : tandas blok C


on the way :)tyme ni Mak Di dah bising :)



yeahhh , peace no war :)



dari kiri : acheh , fikri , hakim ?


laaaapaaaaaaaa

dah minum dah ?ana tengok jerrr


paan


usha aper ??? berdosa tau tak ?



aku pon nak makaaaan . hazim , ana nak sikiitt :)


kerana terlalu lapar , kulit oren pun jadilah muadz :)


pak tam :)



habis dah luqman ? cepatnya :)


baru ada gambar camera man : hidayat :)


adeeeeebbbb


dari kiri : hidayat , pak tam , adam haiqal , faiz

ana rasa , cukuplah sekadar ini sahaja untuk penutup sesi 2010 . ana harap kepada semua ahli Amru Syabab dan naqib-naqibnya dapat menanmkan azam untuk berubah . dari KURANG BAIK KEPADA BAIK . BAIK KEPADA LEBIH BAIK . dan LEBIH BAIK itu KEKALKAN .


sekian , wassalam .