Saturday, November 20, 2010

TIDUR

In The Name of Allah The Most Merciful and Pricious


antum semua mesti fikir kalau orang yang suka tidur ni , orang yang malas dan tidak produktif . sebenarnya tidak (!)berdasarkan satu artikel  ILUVISLAM , tidur sebenarnya memberi kebaikan kepada sesorang individu melalui banyak aspek . antaranya :- KULIT , MATA , PARU - PARU . mesti antum semua tertanya - tanya kan ,apa kaitannya ? ni ana explain .


Kulit
semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.
Mata
mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.
Paru-paru
sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

tapi , kalau tidur waktu cikgu mengajar tu bukan lah tidur yang ideal . tu cari nahas namanya . memang semua murid SMAPK  kalau bagi chance tidur memang diorang manfaatkan sebaiknya . tapi , janganlah terlebih tidur sampai solat pon lewat-lewatkan yee . ana rasa tu jer lah untuk post kali nih .
sekian , WASSALAM

No comments:

Post a Comment